Wednesday, 15 February 2012

rindu kenangan di KMTPh

assalamualaikum.

sekarang waktu menunjukkan pukul 3.11 pagi. tapi aku tak reti-reti lagi nak tido. da la kat lua tengah hujan. sepatutnya time ni laa sodap nak layan bantal. aah! lantak laa kat bantal tu. :P

disebabkan aku tak boleh tido, jadi aku pon online laa pesbuk and tengok laa gambar-gambar kenangan yang sweet,sour,salty,bitter tu. tengok punya tengok tiba-tiba sampai kat gambar aku dengan kawan-kawan aku time matrik dulu. terus rasa rindu yang menggunung Kinabalu. kena ke gunung Kinabalu? walaupon bermacam-macam perkara yang terjadi masa kat matrik dulu. tapi honestly aku sangat rindu saat-saat kat matrik tu. :)

time ni aku dengan member-member aku ada amali elektrik.

ni masa kitorang selebret hari terakhir fifah sebab dia dapat p IPG.

ni masa kitorang bincang pasal persembahan. 
aku tak ada dalam gambar ni pasal ni mesyuarat laki jer. =,=

ni time aku dengan member konon-kononnya khusyuk nak 
mampuih sangat laa tu dengar lecture En. Yusof taiyoob. 
(taiyoob tu saja tambah macam iklan maniskah kurma itu? hahak) 
padahal satu pon tak masuk. hampeh!

haa.. yang ni masa kitorang dok gila amek gambar. 
cuba teka yang paling gila sapa? tu yang kiri sekali tu. 
nama dia GG. haha. time ni kitorang kena berbasikal maklum laa kelab KEMBARA. :P

gambar ni tak silap aku before nak masuk dalam hutan tu nak buat bbq. 
semua muka sporting habes! ahakz.

ni masa dalam hutan. tengok 3 orang gadis tu dok buat apa. 
tu namanya buat bodo. haha. bakar membakar ni memang kerja laki ye. harap maklum

ni lepas da abes maen masak-masak dalam hutan. eh! 
perasan tak budak laki sebelah aku tu dia pakai baju wana laen plak. hahak. 
tu pasal maksudnya ni bukan gambar lepas bbq tu laa. 
ni gambar bila tak tau. huhu. tapi gambar ni paling aku suka
 sebab kami satu kelas ada dalam ni. lub tis! go 2E02.



hoho. sumpah aku amat merindui mereka-mereka ini semua. sekarang ni semua masing-masing sambung their study dekat uni yang ada kat Malaysia ni. termasuk laa aku. aku doakan semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita ceburi. dan kalau ada jodoh aku harap kita semua dapat berjumpa. insyaAllah. akhir kata, luv u olls! 


tata~





Tuesday, 14 February 2012

Happy Birthday To Me

assalamualaikum.

sekarang ni genap umur aku 20 tahun 4 hari. actually, my birthday on 10 february haritu. tapi disebabkan perangai aku yang malas nak perah otak aku untuk buat entry baru. so, terpaksa laa aku postpon tak abes-abes. haha.

aku daa 20 tahun??? Oh My Prada! cepat betol masa berlalu. rasanya macam baru semalam aku masuk darjah satu. macam baru semalam aku dok tercirik dalam seluar masa dekat skolah. haha. tapi rupa-rupanya semua itu hanya mimpi. yak iya laa. tiru macam lagu project pop. serius aku tak sangka gila. daa laa perangai pon tak senonoh lagi. daa masuk 20 tahun. hoho. daa nak kahwin daa pon ni. ada ka calon? calon pon tak da mau cakap banyak.

dala aku tak mau merepek banyak-banyak lagi. tak ada idea laa sekarang ni. tapi aku nak listkan sikit aim aku untuk tahun ni. antaranya ialah :-

1. mencari seorang suami. haha. gila!
2. menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni. (alaa.. matlamat biasa orang dok bagi)
3. menjadi lebih cantik. (sekarang ni cantik ke? tak langsung.)
4. yang penting menjadi seorang insan yang berguna untuk keluarga dan negara tercinta ni pon adoi.
5. yang paling penting menjadi seorang umat yang taat pada perintahNya dan menjadi seorang perempuan yang solehah. amin. :)

happy birthday to me. ahakz!

kalau gambar ada lagu pon kena laa ada kan. 

meh layan...

tata~

Wednesday, 8 February 2012

antara alasan lelaki bandar masih membujang

assalamualaikum.

tempoh hari. cewah! tempoh hari tu. ayat takley bla. time aku nak balek taiping naik keretapi pon pon. time tu aku naek sorang-sorang. ni first time aku naek sorang-sorang. memang gila nekad laa ni naek sorang-sorang sebabnya aku malas nak naek bus, tak sanggup aku nak menghadapi liku-liku duduk dalam bus berjam-jam. al-maklum laa dari johor ke taiping. mau patah riuk pinggang aku bila daa turun dari bus nanti. so, aku pon amek laa keputusan yang bijak dengan menaiki keretapi pon pon tu. bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi kat aku, aku pon beli 2 buah buku untuk dibaca. yang pasti bukan buku pelajaran, tapi buku yang bole buat aku nak baca dari kulit depan sampai kulit belakang. haha. satu buku cerita kartun korea tajuk PUTERI TOKOYAKI. cerita dia bole tahan jela sebab cerita pasal lawan-lawan masak. disebabkan aku tak minat masak, so aku baca pon ala-ala kadar jela. janji aku baca ! satu lagi buku, buku UJANG. aku ni bukan peminat buku ujang or apa jenis buku sekali pon. sebab aku memang sorang yang malas membaca. tapi ada satu part dalam buku ujang tu menarik minat aku untuk buat entry aku sekarang ni. tajuk dia tu aku da tulis kat aaaatas sekali tu. kalau tak nampak sila scroll ke atas okes!


sekarang ni baru aku nak masuk ke tajuk asal aku. saja je nak merapu meraban dulu. meh sini aku nak bagi tawu alasan orang lelaki ni kenapa yang susah sangat nak kawin. nak tunggu aku ka? kahkahkah.


antara alasannya ialah :-


  • selalu depa ni akan kata tak datang seru lagi. padahal awek keliling pinggang. sat ni kalau Allah tu bagi datang seru lain baru nak teriak. (seru lain membawa maksud MATI. ayat yang mulia sikit MENINGGAL DUNIA)
  • banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu. contohnya kereta fairlady, rumah banglo 4 tingkat. padahal tak buat kerja apa pon. ada hati berangan nak pakai fairlady dengan banglo 4 tingkat. memang sampai ajal pon laa hang tak kawin mamat oi..
  • perempuan ni pelik laa, cemburu tak habis-habis dan suka merajuk, macam laa kita suka sangat kat dia. padahal memang lumrah alam cemburu tu tandanya sayang. sat ni kalau perempuan ni tak cemburu hang sibuk dok tanya. "awak tak cemburu ka saya makan dengan kawan awak ni?" hamboi.. siap nak makan dengan member aku, dengan aku tak mau. sepisis ni memang kena bagi kaki bukan cemburu lagi okes!
  • perempuan ni suka pasang ramai pakwe. padahal ramai artis perempuan yang dipujanya dan bila jumpa perempuan cantik sikit mula la nak terhegeh-hegeh mintak penampar. tapi bagi aku memang betul lelaki ni jenis pantang jumpa perempuan cantik sikit. sat ni mula la gatai meqela depa. kalau muka memang hensem tak pa laa nak terhegeh-hegeh kat perempuan lawa. ni.... hooo... susah aku mau bilang sama kamu.. hakhak. tapi sebenarnya semua tu memang lumrah. manusia memang jenis yang tak pernah puas and tak pernah rasa cukup.
  • perempuan memang banyak helah, kejap suka, kejap tidak. padahal pentingkan diri sendiri. aduyainye pun... jangan nak pentingkan diri sendiri laa punnyee.. 
  • nak cari yang solehah. padahal diri tak pernah berusaha untuk menjadi insan yang soleh. yang ni antara alasan yang paling kerap aku dengar. kekadang tu yang selalu cakap cam ni mat-mat rempit, kaki botol, kaki judi and segala jenis kaki yang ada kat muka bumi ni. adoi.. kalau nak yang solehah yang beriman, kena laa jadi macam tu dulu. baru bole dapat. tapi ada jugak kaki-kaki ni yang berpeluang dapat perempuan yang baik-baik. tapi just satu daripada sejuta kot. hikhik.
  • nak dapat yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. padahal diri sendiri kuat cemburu, boros, suka berfoya-foya. ni jenis manusia kat rumah dia tak ada cermin. 
  • nak sambung belajar laa sebab awek ade master atau PhD. padahal belajar bertahun-tahun sampai pensyarah tu naik menyampah tengok muka yang sama ja tiap tahun kena repeat. sebab apa asyik dok kena repeat? sebab asyik dok abaikan pelajaran dengan perangai yang suka berfoya-foya tu. itu laa sebabnya. kalau macam tu memang ajal daa sampai pun laa tak dapat-dapat lagi PhD tu. hehe.

kalau hangpa nak lagi cerita menarik kena laa baca majalah ujang tu sendiri okes. tapi sebenarnya kat atas tu bukan aku ciplak hidup-hidup dari majalah ujang tu. banyak yang aku tokok-tambah bagi berperisa sikit. yang pasti entry ni tak ada kena mengena yang hidup atau yang mati. aku mintak maaf kalau ada seteng-seteng ayat yang menyinggung perasaan hangpa noo. anggap laa itu sebagai satu gurauan semata-mata okes. peace yoo..


ni laa majalah ujang yang aku baca tu. 

tata~