Saturday, 20 April 2013

zaman kanak-kanak yang girang memerang.

assalamualaikum.

hai uolss.. ingat ite lagi tak?? *senyap. dengar bunyi cengkerik. krik krik.* uolss??!! ingat ite lagi tak?? *cengkerik mula berlalu pergi tanpa memperdulikan suara sumbang wanita berkenaan* uolss!!!! Kbai. follower tak sampai 10k. (sedar diri). haha. tak lawak. -_-


memandangkan tak ada sapa yang menyahut. maka dengan ini terpaksalah aku syok sendiri. eh eh jap! awat nak syok sendiri pulak? nama pon blog kan. mana ada orang menyahut dulu. huhu. lagipon, ayat biasa aku. suka hatilah, blog aku kot. nak syok pon tak pinjam wifi rumah sebelah pon. ite pakai wifi free kat taman u yang slow ni. ahakz! (aku nampak korang langsung tak gelak -_-)


ok sambung cerita sensasi, harini aku rasa diri aku tersangat laa banyak masa terluang. (padahal assignment berlambak dok tengah beratur) jadi aku mengambil keputusan untuk update blog aku yang dah bersawang, berhabuk dan berdebu ni. aku takkan update blog sebab suka-suka. aku update blog kalau aku rasa ada something yang aku nak share. huhu. ok lah, malas nak mengarot panjang2.


back to our main topic. tadi masa aku online muka buku aku, aku tengok banyak betol budak-budak update status. budak-budak yang aku maksudkan usia 15 tahun kebawah. aku terus terfikir nak update blog aku. tak dak motip pon. cuma pada pandangan aku lah, aku rasa macam budak-budak sekarang ni sangatlah tadak life. sebab apa aku kata diorang macam tu? sebab aku tengok diorang kalau nak cari kawan, dalam facebook. nak main game, dalam ipad. even nak terkencing or terberak pon nak umum dalam facebook. what the hack! haha. kekadang tu aku tengok friend lists diorang lagi ramai dari aku, kekadang sampai kena buat second account. punyalah ramai nak mampuih depa punya kawan. (ada yang kekadang sampai buat page, punyalah pemes tahap gaban). sedangkan aku lagi lama sikit hidup dari diorang. suppose aku lah kena ramai kawan! arrrghh.. tak aci! haha. tapi tak pa.. tak pa.. aku banyak kenangan dari diorang. sumpah!


meh sini akak cerita kat adik-adik kenangan akak masa zaman muda2 dulu. mesti adik-adik jeles and akak pasti mesti adik-adik akan deactivated account facebook adik and terus pergi main bola. ^_^ haha.



permainan pertama. main ting-ting. 

(gambar yg diciplak dari google)


cerita pasal main ting-ting ni aku rasa sesuai dengan slogan 1Malaysia. sebabnya aku rasa permainan ni 1 malaysia tawu. sapa yang tak tawu mohon pi duduk somalia. haha.

time aku kecik2 dulu, suka gila kot main game ni. rasa hebat gila kalau menang. haha. sampaikan aku punya gila nak menang. aku pegi rumah kawan aku dalam pukul 6 lebih. sampai maghrib tak reti2 lagi nak balik. last2 mak kawan aku halau suruh balik rumah. pastu jalan laa terkedek2 mintak simpati balik rumah aku. ooo.. very very sad.. :'(



permainan kedua. sep tiang.


(gambar yg diciplak dari google)

haha. aku rasa game ni pon pemes dulu. negeri2 lain ada nama sendiri untuk game ni. tapi tempat aku perak, kami panggil sep tiang. game ni selalu maen kat sekolah pasal tiang memang belambak kat sekolah. time best maen sep tiang ni time rehat. woww.. berlumba2 orang nak cop tiang depa. punya lah excited gila. pastu masok kelas badan bau kepam. perghhh.. memang selesa nak belajaq. tapi time kecik dulu bukan blajaq sangat pon. main ja lebih! haha. sebab tu jadi lagu ni. =_='' haha.

tapi aku rasa budak sekarang kat sekolah time rehat tadak dah main sep tiang ni. sebab depa sibok dok update status apa depa makan kat kantin. pastu amek gambaq teh ais! haha. or mungkin depa lebih tawu tarian tiang dari sep tiang. rasanya. ish ish ish..




permainan ketiga. main tanam pensel/colour pensel.

aku rasa game ni maybe aku, kakak aku and abang aku je kot yang penah main game khurafat ni. haha. awat aku kata game khurafat? sebabnya dulu korang penah dengar tak orang tua2 cakap jangan simpan pencil kalau dah pendek lebih kurang jari anak kita. so, menurut mak aku, kalau kita tanam pencil tu, nanti pencil tu jadi orang kerdil. haha. kalau ingat balik sumpah nak tergelak terbahak bahak. haha. bila mak aku kata macam tu, aku, kakak and abang aku punyalah excited pi tanam colour pencil tu depan rumah siap buat rumah sebab takot malam nanti hujan pastu orang kerdil basah. hahaha. gila nak mampuih punya khurafat! bila dah tanam, esok pagi pegi check. kalau colour pencil tu hilang kitorang assume orang kerdil tu dah lari. adoi.. time tu sedih gila. hahaha.




permainan keempat. main tol/galah panjang.

(gambar yg diciplak dari google)

ni satu lagi game yang paling pemes bukan setakat kat malaysia even kat dunia. ok tipu. game ni tersangat lah best sebab game ni sekali lagi buat aku rasa macam aku ni hebat gila. (mintak kaki). kalau zaman skolah dulu  aku ada geng yang selalu berjimba sama-sama dengan aku. (intan, farahidah, ain, syafika, fairuz, mira n ada lagi tapi ingat2 lupa :P). bila time petang kami akan rajin pegi skolah bukan sebab nak blajaq tapi nak p main. main ni lah! haha. satu lagi kami selalu pegi skolah sebab kami ni atlet skolah rendah dulu. pemes oo kami!! siap penah dapat pegi selection untuk masuk skolah bukit jalil lagi. tapi stakat selection jelah! hahaha.

budak sekarang pemes dalam facebook jer. tapi lagi dasyat.. 1 dunia kot kenai depa. tak aci. pasaipa depa pemes? pasai adik-adik ite ni omey angat! -_- hahaha.




permainan kelima. main tuju slipar.


(gambar yg diciplak dari google)

ok. game ni time aku kecik dulu mak pak aku tak brapa nak bagi main sangat sebab game ni lebih pada anak jantan punya game.huhu. iolss kan gurgurl sikit. mestilah mak iolss marah iolls kalau iolls perangai macam jantan. so, iolls tak berapa nak hebat lah untuk game ni. kalau tak semua game iolls hebat tau uolls. ahakzZzZ! (mintak penerajang). mak iolls tak bagi maen sebab takot nanti melekat slipar kat muka iolls yang comel gilerrr ni. (perlahan2 aku tengok korang nak blah dari baca blog aku ni sampai habis. haha). ok tak tak. aku tak buat macam tu lagi dah. ^_^

kepada adik-adik yang terasa berminat nak main tuju slipar ni jangan jadi macam gambar di bawah ni ya. nanti akak bubuh pelempang ^_^






and lastly yang paling pemes. mestilah panjat pokok.



sila abaikan gambar diatas. ^_^


ni lebih kepada hobi, bukan game. dulu time kecik kat rumah aku ada pokok mempelam. so, aku, adek bradek suka sangat la p panjat pokok tu tadak motip saja nak tayang kehebatan diri. haha. yang lawaknya aku ni penakot. reti naik. tapi bila nak turun mula la gelabah. capai ranting lah dahan lah kalau boleh daun pon aku nak capai pasai takot nanti silap langkah tergolek terkangkang aku jatuh. dah tak pasai2 nino nino datang rumah. tapi memang best lepak atas pokok. nyaman ja rasa. dating ngan pakwe pon best. haha. untuk couple2 kat luar sana boleh lah try tempat dating yang paling nyaman ni. duit poket blanja awek tengok wayang pon tayah kluar. just duduk atas pokok and menikmati keindahan alam. mana nak tau boleh mendatangkan insaf dalam diri lepas berada dekat dengan alam ciptaan Tuhan ni. haha. 

untuk adik-adik pulak lepas ni boleh lah main game angry bird atas pokok pulak. asyik memerap menternak lemak dalam rumah je kan. sekali sekala tu luangkan lah masa yang ada tu dengan alam ni. kalau rumah tadak pokok p panjat pokok jiran sebelah cakap "makcik, kak nina suruh main game angry bird atas pokok. sebab nanti boleh cepat menang!" kalau makcik tu marah. sebut je nama kak nina 3 kali. nanti mesti dia bagi panjat okes. haha. 



ok habis. moral of the story is, hargailah zaman kanak-kanak anda kerana zaman itu tidak dapat diputar kembali. :(



for adik-adik yang still skolah and terlalu sibok nak cari friends dalam facebook, nak jadi pemes dalam facebook. jangan lah buang masa dengan buku yang tak ada muka tu. pemes sebab kejayaan baru lah boleh membanggakan mak and ayah. jangan jadi pemes sebab gaduh lah apa lah. kesian kat mak and ayah. penat2 hantar p skolah. okes adik-adikku sayang. :)


thankz for reading my bajet 10k followers entry!


tata~










Friday, 8 March 2013

bajet cantik -_-

assalamualaikum.

hai lama nau aku tak update blog. ohh. biasa laa aku memang pemalas and tak ada yang menarik pasal aku untuk dikongsi. hikhik. bila nak update je kena pikir "apa laa yang aku nak mengarot?" tapi tak apa laa sebab blog ni macam diari kita kan. bila baca post2 yang lepas automatic kita akan ingat sejarah tu. huhu. so, kenangan-kenangan tak kira laa yang best ka yang tak best ka kita akan ingat. betol tak? (aku tanya betol ke tak macam laa follower aku ada 10k. 10 orang pon aku rasa tak sampai.hikhik.). tapi kat sini aku tanak mengarot lama2 pasai aku tengah penat gila sebab baru je lepas abes kawad. lama dah rasa tak kawad2 ni. urat2 habis rasa tegang. tengok laa aku bangun tidoq sat ni. silap ari bulan talak boleh jalan woo. haha. over -_-.

ok lah! back to our main topic. bajet cantik. eh2 sapa yang bajet cantik tu? nak tau sapa? aku lah yang bajet cantik dan vogue sangat tu. hoho. (sedar diri). kenapa ek buat entry macam mintak simpati tu ek? eh2. suka hati aku lah nak buat entry macam mana pon. blog aku kan. (meroyan). ok lah. meh sini nak crita. dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, begitulah seharian dalam hidup kita, mudah-mudahan diredhai Allah :) haha motip tetibe nak masok lagu raihan. raihan ek? yekot.. dah lama tak dengar nasyid. ok2. serius :p

aku buat entry ni sebab nak crita. sekarang ni aku dah jadi gurlish gila. aku pon tak tau pasai pa yang boleh jadi gurlish sampai macam ni sekali. maybe sebab umur dah 21 kot. dah menaiki peringkat dewasa bukan lagi remaja. so, bila cakap pasai dewasa ni automatic otak akan pikir KAWIN! apa? kawin? cis, calon pon tak dak. ada hati nak cakap pasal kawin. nah amek kahak hijau nina. puuii. kenapa aku cakap aku semakin gurlish sekarang? sebabnya aku dah mula menjaga kecantikan, kesihatan etc. walaupon  muka tak lawa, tapi jangan laa selamanya tak lawa. mana ada manusia kat muka bumi ni tak cantik. betol? semua ciptaan Allah ni cantik. kita sendiri ja kena pandai menjaga penampilan dan peribadi kita baru orang akan nampak kita ni cantik. bukan luaran je kena cantik, dalam tu pon sama. lagipon cantik tu kan subjektif.

tambahan pula. ceh. tambahan pula ingat buat karangan BM ka apa! haha. aku sekarang ni dah semakin takot kalau muka jadi hitam. kalau dulu aku tak kisah pon kena berjemur tengah panas muka hitam macam kena conteng arang. but now, i really care! walaupon aku bukan jenis yang berkulit cerah ni. tapi aku tanak laa sampai hitam melegam. ohhh.. aku tak boleh imagine kalau rupa aku macam tu. sumpah 4 tahun setengah tak kluaq qhumah! disebabkan sikap aku yang poyo sekarang ni, aku telah membeli collagen. tak silap aku kebaikan collagen boleh memutihkan kulit dan membaiki kulit yang tidak sekata. (hamboi, dah boleh jadi jurucakap nona dah lepas ni. puuii).

ni lah yang aku try sekarang. tapi jangan tanya aku keberkesanan dia. pasai aku pon baru try sehari je. tapi rasa dia sedap. i loike! 

tapi tula. ni just iktiar aku je. yang menyembuhkan tu kuasa Allah. korang jangan letak kepercayaan pada collagen ni plak. bukan dia yang sembuhkan tapi Allah. ingat tu. ni tak, bila aku tengok iklan apa2 ja. bukan main lagi puji menggunung sesuatu produk tu. contohnya, "wah, setelah menggunakan produk dot dot ini, saya mendapati muka saya semakin jelita. saya juga sudah menjadi yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. terima kasih produk dot dot." (ni contoh je, tak ada kena-mengena dengan mana2 produk. mohon jangan terasa). tak ada pon yang ucap syukur bila dah cantik. bukan nak memuji Allah, tapi puji benda yang tak ada perasaan ni. haha. syirik tau bila kita puji benda yang tak ada perasaan ni. so, lepas ni silalah perbetulkan apa yang tak betul tu okes everyone.. yeah!! macam tu laa. sayang uollss. -_- (buat lagi macam ada follower 10k).

ok lah. sampai disini sahaja coretan saya. saya akhiri dengan wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahiwarakatuh. (teringat zaman dulu2 join nasyid jadi leader kot! kelas kau nina. puuii.)

thanks for reading my poyoz entry!

tata~