hai lama nau aku tak update blog. ohh. biasa laa aku memang pemalas and tak ada yang menarik pasal aku untuk dikongsi. hikhik. bila nak update je kena pikir "apa laa yang aku nak mengarot?" tapi tak apa laa sebab blog ni macam diari kita kan. bila baca post2 yang lepas automatic kita akan ingat sejarah tu. huhu. so, kenangan-kenangan tak kira laa yang best ka yang tak best ka kita akan ingat. betol tak? (aku tanya betol ke tak macam laa follower aku ada 10k. 10 orang pon aku rasa tak sampai.hikhik.). tapi kat sini aku tanak mengarot lama2 pasai aku tengah penat gila sebab baru je lepas abes kawad. lama dah rasa tak kawad2 ni. urat2 habis rasa tegang. tengok laa aku bangun tidoq sat ni. silap ari bulan talak boleh jalan woo. haha. over -_-.
ok lah! back to our main topic. bajet cantik. eh2 sapa yang bajet cantik tu? nak tau sapa? aku lah yang bajet cantik dan vogue sangat tu. hoho. (sedar diri). kenapa ek buat entry macam mintak simpati tu ek? eh2. suka hati aku lah nak buat entry macam mana pon. blog aku kan. (meroyan). ok lah. meh sini nak crita. dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, begitulah seharian dalam hidup kita, mudah-mudahan diredhai Allah :) haha motip tetibe nak masok lagu raihan. raihan ek? yekot.. dah lama tak dengar nasyid. ok2. serius :p
aku buat entry ni sebab nak crita. sekarang ni aku dah jadi gurlish gila. aku pon tak tau pasai pa yang boleh jadi gurlish sampai macam ni sekali. maybe sebab umur dah 21 kot. dah menaiki peringkat dewasa bukan lagi remaja. so, bila cakap pasai dewasa ni automatic otak akan pikir KAWIN! apa? kawin? cis, calon pon tak dak. ada hati nak cakap pasal kawin. nah amek kahak hijau nina. puuii. kenapa aku cakap aku semakin gurlish sekarang? sebabnya aku dah mula menjaga kecantikan, kesihatan etc. walaupon muka tak lawa, tapi jangan laa selamanya tak lawa. mana ada manusia kat muka bumi ni tak cantik. betol? semua ciptaan Allah ni cantik. kita sendiri ja kena pandai menjaga penampilan dan peribadi kita baru orang akan nampak kita ni cantik. bukan luaran je kena cantik, dalam tu pon sama. lagipon cantik tu kan subjektif.
tambahan pula. ceh. tambahan pula ingat buat karangan BM ka apa! haha. aku sekarang ni dah semakin takot kalau muka jadi hitam. kalau dulu aku tak kisah pon kena berjemur tengah panas muka hitam macam kena conteng arang. but now, i really care! walaupon aku bukan jenis yang berkulit cerah ni. tapi aku tanak laa sampai hitam melegam. ohhh.. aku tak boleh imagine kalau rupa aku macam tu. sumpah 4 tahun setengah tak kluaq qhumah! disebabkan sikap aku yang poyo sekarang ni, aku telah membeli collagen. tak silap aku kebaikan collagen boleh memutihkan kulit dan membaiki kulit yang tidak sekata. (hamboi, dah boleh jadi jurucakap nona dah lepas ni. puuii).
ni lah yang aku try sekarang. tapi jangan tanya aku keberkesanan dia. pasai aku pon baru try sehari je. tapi rasa dia sedap. i loike!
tapi tula. ni just iktiar aku je. yang menyembuhkan tu kuasa Allah. korang jangan letak kepercayaan pada collagen ni plak. bukan dia yang sembuhkan tapi Allah. ingat tu. ni tak, bila aku tengok iklan apa2 ja. bukan main lagi puji menggunung sesuatu produk tu. contohnya, "wah, setelah menggunakan produk dot dot ini, saya mendapati muka saya semakin jelita. saya juga sudah menjadi yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. terima kasih produk dot dot." (ni contoh je, tak ada kena-mengena dengan mana2 produk. mohon jangan terasa). tak ada pon yang ucap syukur bila dah cantik. bukan nak memuji Allah, tapi puji benda yang tak ada perasaan ni. haha. syirik tau bila kita puji benda yang tak ada perasaan ni. so, lepas ni silalah perbetulkan apa yang tak betul tu okes everyone.. yeah!! macam tu laa. sayang uollss. -_- (buat lagi macam ada follower 10k).
ok lah. sampai disini sahaja coretan saya. saya akhiri dengan wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahiwarakatuh. (teringat zaman dulu2 join nasyid jadi leader kot! kelas kau nina. puuii.)
thanks for reading my poyoz entry!
tata~
