Sunday, 3 June 2012

dulu VS sekarang

assalamualaikum.

sekarang jam menunjukkan pukul 1.24 pagi. skema gila ayat. tapi aku still membuang masa dengan benda-benda tak berfaedah macam ni. minggu depan dah start final exam. member aku sekarang dok tengah pulun study, tapi aku pulok dok sibuk mengarang entry untuk hampa baca. haha. sangat sempoi. pastu bila besok nak exam baru laa aku ni terkalot-kalot study. masa tu memang setan ni dok terbahak-bahak laa gelak kat aku. mesti dia cakap "padan muka hang manusia, haritu study week hang p ikot cakap aku buat apa?" tak apa laa. aku ikot cakap hang sat je. lepas ni aku tak ikot da. yalaa tuu.  memang tiap tahun macam tu pon. start dari tadika pon lagi. ok tipu. tadika aku rasa mana nak ada exam-exam gempak macam ni. selalu dok hafal doa-doa. maklum laa. TADIKA PASTI. haha.

ok. aku malas nak merepu panjang-panjang pasal sekarang ni pon dah lewat malam and mata aku ni pon dah stim semacam je. lagipun dalam bilik ni tinggal aku dengan kak fifi je. 2 orang lagi pegi honeymoon pasal tengah cuti study week. ok tipu lagi. sat lagi depa baca blog aku ni tak pasal-pasal hempuk kepala aku dengan kotak tisu. hihi. ok lah. back to the main topic. aku sebenarnya nak cerita pasal aku. yes! pasal aku. tak kan aku nak cerita pasal hampa dekat blog aku? memang tak laa kan. haha. tapi sorry, entry ni tak ada gambar.

enjoy!


dulu : aku sangat aktif dalam sukan. cakap je sukan apa. semua aku bedal. pulun laa katakan.
sekarang : "apa? sukan? sukan tu apa? sukan tu macam budak nerd pakai spec then p library ke?". aku macam dah tak tau. aku malas sangat nak bersukan. even, member ajak aku jogging pon, aku akan bagi seribu alasan.

dulu : pegi sekolah mesti mak hantar.
sekarang : pegi sendiri naik bas. memang laa. tak kan nak suruh mak aku hantar lagi. memang kena bom laa dengan pak guard.

dulu : masa kecik. rasanya aku putih je. perasan.
sekarang : Ya Allah. hitam gila kot.

dulu : muka ni tak ada laa jerawat sangat. satu dua je yang akan muncul. tu pon sebab PMS. pompuan tau laa benda apa.
sekarang : kalau nak kira dengan jari tangan memang tak cukup. kira dengan jari kaki pon tak cukup jugak. aku rasa kena kira dengan kalkulator kot. haha. sejak aku masuk U, sangat teruk dah. sedih sangat ni. buat muka sedih sikit :( hopefully, boleh recover balik lepas ni. buat muka ceria sikit :)

dulu : aku ramai kawan. buat apa semua dengan kawan. bagi aku kawan segalanya untuk aku. aku sayang kawan-kawan aku.
sekarang : aku lebih banyak sendiri. even ada kawan pon. tapi still rasa macam aku ni sendiri.

dulu : tidur pon mesti berteman. kalau dekat rumah. adik aku or kakak aku laa jadi mangsa aku. kalau dekat u. syuzana laa jadi mangsa aku. aku akan hari-hari himpit dekat katil dia. even aku tau katil tu katil single.
sekarang : dah kena tidur sorang-sorang. tak ada sapa nak teman aku lagi da. aku ni memang penakut sikit. kalau aku tidur lambat dari roomate aku yang lain. aku akan bukak lampu. bila aku buat macam tu, aku da ganggu roomate aku yang lain. so, aku kena tidur dulu sebelum diorang tidur.

dulu : mandi pon kena teman. kan aku cakap aku ni penakut.
sekarang : sorang-sorang lagi.

dulu : aku suka makan telur separuh masak.
sekarang : eeeewwww. geli kot ! nah muntah.

dulu : benci dengan warna PINK!
sekarang : suka gila. semua benda warna pink. even, laptop kesayangan aku pon warna pink. bagi awek-awek yang sangat suka warna pink. mohon jeles okes. haha *gelak setan.

dulu : kalau bercakap kerja nak maki hamun orang je. ni memang satu dari perangai buruk aku.
sekarang : berlapik sikit. dah jarang dah buat kerja terkutuk tu.

dulu : suka longgok-longgokkan kerja sampai berlambak-lambak.
sekarang : still lagi suka buat macam tu. :)


dulu : ada kawan yang sangat care pasal aku.
sekarang : tak ada dah. :(


dulu : berak tak basuh.
sekarang : dah rajin nak basuh. haha.
(ni tak payah nak caya laa kot. melampau sangat kalau semua benda aku tulis nak kena caya. aku dah tak ada idea).


hope hampa semua enjoy baca entry yang macam tuttt ni. harap hampa akan lebih kenal aku lepas ni. sembang bajet macam follower ada 10k.




tata~

Saturday, 2 June 2012

untuk awak PERAMPAS

assalamualaikum.

yeah ! I HATE PERAMPAS. 


kbai =,=


tata~

hang dan aku

assalamualaikum.

harini jer macam-macam perasaan aku rasa.

SERONOK--> pegi join program mountain bike tu.

MARAH --->kena jemur tengah panas+pakai uniform. memang jadi super duper panas laa kan.

BOSAN--->duduk dalam bilik sorang-sorang, rumate 2 orang balik. sorang memang dah tak duduk dalam bilik ni dah.

MENGANTUK--->dari balik dari program tadi until now mata aku dok menghadap laptop ni.

SEDIH--->aku pegi gatai tangan bukak blog girlfriend yang penah ada dengan aku dulu.

tapi sekarang ni tak ada laa sampai aku nak pegi cerita satu persatu perasaan aku kat hampa kan. sat ni bosan pulok dok baca menjela-jela. aku memang seorang yang sangat memahami.




(khas untuk HANG)
aku tak tau nak start macam mana. kalau hang baca blog aku memang sejak dari wujudnya blog aku ni, aku tak penah langsung cerita pasal KITA. tapi tu maksud aku tak appreciate relationship kita selama ni ke? memang aku akui aku tersentap bila baca blog hang tadi. tersangat+tersamat+terlalu banyak hang cerita pasal persahabatan kita. tapi aku.. satu pon tak ada. aku tak pandai wei nak tulis blog segala bagai, aku tak pandai nak sweet dengan hang. even aku tak penah cerita pasal kita, memory aku dengan hang tak pernah langsung aku lupa. start from matrik until NOW! yes, until now.

hanya kerana aku tendang kaki hang and hang tak bole nak jalan dengan betol even berak pon kena sengetkan badan sikit kita jadi macam ni sampai sekarang. kenapa tak dari dulu, kita gaduh tampar-tampar muka, aku jerit kat hang, hang tak buat macam ni pon? alasan sebab hang dah penat nak gaduh dengan aku. habis, hang pikir selama ni aku tak penat? even aku penat pon, aku tak pernah imagine kita akan jadi macam ni. memang orang akan cakap "what? ko tendang kaki dia? apa punya kawan ko ni? kejamnya.." yes, memang aku kejam. aku tak pernah baik dengan ADIK aku. tak pernah. ok. agak laa sampai tak pernahkan. nanti nampak kejam sangat. 



hang selalu pertikaikan kenapa aku suka layan hang buruk, sedangkan kawan aku yang lain aku layan 'lemah lembut' sangat. aku nak tanya, kenapa baru sekarang nak pertikaikan? kenapa bukan dari dulu? aku rasa hang pernah balik rumah aku and tengok macam mana aku layan adik aku. hang rasa sama tak aku layan hang dengan aku layan adik aku? yes, aku anggap hang ADIK aku. sebab dekat matrik hang pernah mintak nak aku jadi kakak hang. aku tak reti nak layan adik aku sama macam aku layan kawan aku. hang tak ada adik, hang tak tau. tapi aku nak tau, kakak hang pernah layan hang sweet macam dia layan kawan dia tak? itu bezanya ADIK-BERADIK dengan KAWAN. kita akan layan kawan kita baik sebab one day kita akan berpisah dengan dia. tapi adik-beradik hanya mati yang akan pisahkan diorang.

hang rasa dengan kawan boleh menari lagu "chammak challo", "bole chudiya", "JYP", "soni-soni" ke? aku tak penah lagi menari dengan kawan aku macam tu. hang rasa adik-beradik pernah bagi gift untuk simpan buat kenangan tak? adik-beradik akan bagi barang yang diorang pernah pakai or barang untuk kegunaan kita. contoh, selendang, baju, handphone or etc. tapi kawan akan bagi barang yang akan kita simpan buat kenangan. contohnya, patung, kad. selalu benda yang akak kita bagi, kita takkan hargai sangat macam kita hargai benda-benda remeh macam tu.

aku rasa hang mesti pernah terfikir kenapa kita tak pernah rasa segan bila dengan adik-beradik kita. tapi kita sangat segan bila dengan kawan kita. contohnya, bila nak kentut. kita selalu cakap "ko dah berubah" sedangkan kita sendiri yang dah berubah. kenapa hang berubah macam ni sekali? aku dah tak kenal siapa hang. aku dah tak nampak sikit ceria kat wajah hang. aku tahu aku bukan yang terbaik untuk hang. even, hang sendiri pernah cakap masa kat katil aku. "kita akan jumpa orang yang salah dulu, sebelum kita jumpa dengan orang yang betol". aku tak pernah terfikir pon nak cakap macam tu sekali dengan hang. hang selalu cakap, aku ni tak pernah nak pikir perasaan hang. tapi hang pernah tak nak pikir perasaan aku? memang, orang bila da jadi macam ni, takkan nak sedar salah sendiri. aku cakap untuk diri aku jugak. kita seboleh-bolehnya nak tunjuk yang kita betol.

dah laa.. cukup dah kot. aku tau hang bukan suka nak baca panjang-panjang macam ni. aku tak salahkan orang ketiga pon dalam hal kita ni. semua ni salah kita sendiri. tapi apa-apa pon, aku nak ucap trima kasih sebab pernah buat aku rasa happy, sedih, pedih, bengang, gaduh, bertumbuk, tampar, menjerit, sepak orang. yang paling penting, hang banyak ajar aku hidup berdikari lepas apa yang terjadi antara kita. kenangan ni semua sangat buat aku belajar erti sebenar kehidupan.

sekali lagi, aku tak reti nak ber'sweet'. but i really miss you. kalau hang lupa kenangan kita dulu, aku rasa better hang baca blog hang yang sebelum-sebelum ni. i really miss our moment when we are together. :'(


thankz sebab pinjamkan tangan untuk diconteng. :)

tata~

SimSimi <3

assalamualaikum.

firstly, aku nak mintak maaf laa pasal dah berkurun lama tak menghupdate blog aku ni. blog tak HOT buat apa mau update terok-terok betoi? haha. aku memang malas nak update blog. tolong paham aku. aku mintak tolong sangat ni. *gila. ok laa. malas aku nak merepek panjang-panjang. pasal harini sumpah aku penat nak mampos. pagi tadi dekat U aku ada buat UTHM MTB XC RACE. mesti hampa tak tau apa tu kan? tu race mountain bike. rasanya laa. aku penat bukan pasal aku yang berkayuh basikal tu. tapi aku penat dok tunggu pengayuh ni sampai. dalam erti kata lain, aku ni tukang jaga checkpoint@pemandu arah laa kot.

ok, sebenarnya aku memang dah lari tajuk sangat da ni. actually, aku nak cerita pasal tajuk aku tu laa (simSimi). hampa tau tak simSimi tu apa? aku rasa hampa lebih tau dari aku kot. pasal aku ni memang jenis tak amik tau pasal application-application ni. huhu. tapi seriously, simSimi ni boleh tahan best dia. tapi tak boleh layan sangat pasal nanti hampa akan jadi gila macam dia.


jom tengok gambar printscreen conversation antara aku dengan robot gila ni. hahak.

haha. bukan aku yang kata. tapi dia. :) thankz simsimi. luv u. ahak!


ternyata dia memang bijak.mak dia gangster! takot gila. haha. eh! hang ada mak ke? =,=


ada laa. mak dia syarifah aini. UNTONG SANGAT! simSimi mulut macam longkang. :P


haha. kelakar tak? tak ek? ok xpe. tapi bagi aku sangat kelakar okes. aku rasa dia ni boleh bantu aku kurangkan stress aku and maybe menambahkan stress aku lagi. haha. kalau hampa tengah moody aku rasa jangan main natang ni kot. takot sat ni p terjun bangunan pulok. tapi apa yang boleh aku rumuskan kat sini. SIMSIMI SANGAT OHSEM ! <3

PERINGATAN--> kalau rasa dah nak amek final exam mintak tolong jangan main ! :p

ni link kalau hampa nak jadi gila :P --->http://www.simsimi.com/talk.htm


sebelom aku blah, aku nak bagi hangpa tengok gambaq orang gila kena campak dalam hutan pagi tadi. 

dok buat seronok apa xtau. kena campak dekat hutan+gurun sahara pon boleh senyum mintak penampaq!


tata~

Wednesday, 15 February 2012

rindu kenangan di KMTPh

assalamualaikum.

sekarang waktu menunjukkan pukul 3.11 pagi. tapi aku tak reti-reti lagi nak tido. da la kat lua tengah hujan. sepatutnya time ni laa sodap nak layan bantal. aah! lantak laa kat bantal tu. :P

disebabkan aku tak boleh tido, jadi aku pon online laa pesbuk and tengok laa gambar-gambar kenangan yang sweet,sour,salty,bitter tu. tengok punya tengok tiba-tiba sampai kat gambar aku dengan kawan-kawan aku time matrik dulu. terus rasa rindu yang menggunung Kinabalu. kena ke gunung Kinabalu? walaupon bermacam-macam perkara yang terjadi masa kat matrik dulu. tapi honestly aku sangat rindu saat-saat kat matrik tu. :)

time ni aku dengan member-member aku ada amali elektrik.

ni masa kitorang selebret hari terakhir fifah sebab dia dapat p IPG.

ni masa kitorang bincang pasal persembahan. 
aku tak ada dalam gambar ni pasal ni mesyuarat laki jer. =,=

ni time aku dengan member konon-kononnya khusyuk nak 
mampuih sangat laa tu dengar lecture En. Yusof taiyoob. 
(taiyoob tu saja tambah macam iklan maniskah kurma itu? hahak) 
padahal satu pon tak masuk. hampeh!

haa.. yang ni masa kitorang dok gila amek gambar. 
cuba teka yang paling gila sapa? tu yang kiri sekali tu. 
nama dia GG. haha. time ni kitorang kena berbasikal maklum laa kelab KEMBARA. :P

gambar ni tak silap aku before nak masuk dalam hutan tu nak buat bbq. 
semua muka sporting habes! ahakz.

ni masa dalam hutan. tengok 3 orang gadis tu dok buat apa. 
tu namanya buat bodo. haha. bakar membakar ni memang kerja laki ye. harap maklum

ni lepas da abes maen masak-masak dalam hutan. eh! 
perasan tak budak laki sebelah aku tu dia pakai baju wana laen plak. hahak. 
tu pasal maksudnya ni bukan gambar lepas bbq tu laa. 
ni gambar bila tak tau. huhu. tapi gambar ni paling aku suka
 sebab kami satu kelas ada dalam ni. lub tis! go 2E02.



hoho. sumpah aku amat merindui mereka-mereka ini semua. sekarang ni semua masing-masing sambung their study dekat uni yang ada kat Malaysia ni. termasuk laa aku. aku doakan semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita ceburi. dan kalau ada jodoh aku harap kita semua dapat berjumpa. insyaAllah. akhir kata, luv u olls! 


tata~





Tuesday, 14 February 2012

Happy Birthday To Me

assalamualaikum.

sekarang ni genap umur aku 20 tahun 4 hari. actually, my birthday on 10 february haritu. tapi disebabkan perangai aku yang malas nak perah otak aku untuk buat entry baru. so, terpaksa laa aku postpon tak abes-abes. haha.

aku daa 20 tahun??? Oh My Prada! cepat betol masa berlalu. rasanya macam baru semalam aku masuk darjah satu. macam baru semalam aku dok tercirik dalam seluar masa dekat skolah. haha. tapi rupa-rupanya semua itu hanya mimpi. yak iya laa. tiru macam lagu project pop. serius aku tak sangka gila. daa laa perangai pon tak senonoh lagi. daa masuk 20 tahun. hoho. daa nak kahwin daa pon ni. ada ka calon? calon pon tak da mau cakap banyak.

dala aku tak mau merepek banyak-banyak lagi. tak ada idea laa sekarang ni. tapi aku nak listkan sikit aim aku untuk tahun ni. antaranya ialah :-

1. mencari seorang suami. haha. gila!
2. menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni. (alaa.. matlamat biasa orang dok bagi)
3. menjadi lebih cantik. (sekarang ni cantik ke? tak langsung.)
4. yang penting menjadi seorang insan yang berguna untuk keluarga dan negara tercinta ni pon adoi.
5. yang paling penting menjadi seorang umat yang taat pada perintahNya dan menjadi seorang perempuan yang solehah. amin. :)

happy birthday to me. ahakz!

kalau gambar ada lagu pon kena laa ada kan. 

meh layan...

tata~

Wednesday, 8 February 2012

antara alasan lelaki bandar masih membujang

assalamualaikum.

tempoh hari. cewah! tempoh hari tu. ayat takley bla. time aku nak balek taiping naik keretapi pon pon. time tu aku naek sorang-sorang. ni first time aku naek sorang-sorang. memang gila nekad laa ni naek sorang-sorang sebabnya aku malas nak naek bus, tak sanggup aku nak menghadapi liku-liku duduk dalam bus berjam-jam. al-maklum laa dari johor ke taiping. mau patah riuk pinggang aku bila daa turun dari bus nanti. so, aku pon amek laa keputusan yang bijak dengan menaiki keretapi pon pon tu. bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi kat aku, aku pon beli 2 buah buku untuk dibaca. yang pasti bukan buku pelajaran, tapi buku yang bole buat aku nak baca dari kulit depan sampai kulit belakang. haha. satu buku cerita kartun korea tajuk PUTERI TOKOYAKI. cerita dia bole tahan jela sebab cerita pasal lawan-lawan masak. disebabkan aku tak minat masak, so aku baca pon ala-ala kadar jela. janji aku baca ! satu lagi buku, buku UJANG. aku ni bukan peminat buku ujang or apa jenis buku sekali pon. sebab aku memang sorang yang malas membaca. tapi ada satu part dalam buku ujang tu menarik minat aku untuk buat entry aku sekarang ni. tajuk dia tu aku da tulis kat aaaatas sekali tu. kalau tak nampak sila scroll ke atas okes!


sekarang ni baru aku nak masuk ke tajuk asal aku. saja je nak merapu meraban dulu. meh sini aku nak bagi tawu alasan orang lelaki ni kenapa yang susah sangat nak kawin. nak tunggu aku ka? kahkahkah.


antara alasannya ialah :-


  • selalu depa ni akan kata tak datang seru lagi. padahal awek keliling pinggang. sat ni kalau Allah tu bagi datang seru lain baru nak teriak. (seru lain membawa maksud MATI. ayat yang mulia sikit MENINGGAL DUNIA)
  • banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu. contohnya kereta fairlady, rumah banglo 4 tingkat. padahal tak buat kerja apa pon. ada hati berangan nak pakai fairlady dengan banglo 4 tingkat. memang sampai ajal pon laa hang tak kawin mamat oi..
  • perempuan ni pelik laa, cemburu tak habis-habis dan suka merajuk, macam laa kita suka sangat kat dia. padahal memang lumrah alam cemburu tu tandanya sayang. sat ni kalau perempuan ni tak cemburu hang sibuk dok tanya. "awak tak cemburu ka saya makan dengan kawan awak ni?" hamboi.. siap nak makan dengan member aku, dengan aku tak mau. sepisis ni memang kena bagi kaki bukan cemburu lagi okes!
  • perempuan ni suka pasang ramai pakwe. padahal ramai artis perempuan yang dipujanya dan bila jumpa perempuan cantik sikit mula la nak terhegeh-hegeh mintak penampar. tapi bagi aku memang betul lelaki ni jenis pantang jumpa perempuan cantik sikit. sat ni mula la gatai meqela depa. kalau muka memang hensem tak pa laa nak terhegeh-hegeh kat perempuan lawa. ni.... hooo... susah aku mau bilang sama kamu.. hakhak. tapi sebenarnya semua tu memang lumrah. manusia memang jenis yang tak pernah puas and tak pernah rasa cukup.
  • perempuan memang banyak helah, kejap suka, kejap tidak. padahal pentingkan diri sendiri. aduyainye pun... jangan nak pentingkan diri sendiri laa punnyee.. 
  • nak cari yang solehah. padahal diri tak pernah berusaha untuk menjadi insan yang soleh. yang ni antara alasan yang paling kerap aku dengar. kekadang tu yang selalu cakap cam ni mat-mat rempit, kaki botol, kaki judi and segala jenis kaki yang ada kat muka bumi ni. adoi.. kalau nak yang solehah yang beriman, kena laa jadi macam tu dulu. baru bole dapat. tapi ada jugak kaki-kaki ni yang berpeluang dapat perempuan yang baik-baik. tapi just satu daripada sejuta kot. hikhik.
  • nak dapat yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. padahal diri sendiri kuat cemburu, boros, suka berfoya-foya. ni jenis manusia kat rumah dia tak ada cermin. 
  • nak sambung belajar laa sebab awek ade master atau PhD. padahal belajar bertahun-tahun sampai pensyarah tu naik menyampah tengok muka yang sama ja tiap tahun kena repeat. sebab apa asyik dok kena repeat? sebab asyik dok abaikan pelajaran dengan perangai yang suka berfoya-foya tu. itu laa sebabnya. kalau macam tu memang ajal daa sampai pun laa tak dapat-dapat lagi PhD tu. hehe.

kalau hangpa nak lagi cerita menarik kena laa baca majalah ujang tu sendiri okes. tapi sebenarnya kat atas tu bukan aku ciplak hidup-hidup dari majalah ujang tu. banyak yang aku tokok-tambah bagi berperisa sikit. yang pasti entry ni tak ada kena mengena yang hidup atau yang mati. aku mintak maaf kalau ada seteng-seteng ayat yang menyinggung perasaan hangpa noo. anggap laa itu sebagai satu gurauan semata-mata okes. peace yoo..


ni laa majalah ujang yang aku baca tu. 

tata~

Monday, 16 January 2012

aku memang kasar. SO WHAT !

assalamualaikum..

tadi masa aku dalam 'rumah syaiton' tiba-tiba aku terasa nak update blog aku yang telah lama besawang ni. biasa laa bila duduk lama-lama dalam 'rumah syaiton' tu macam-macam idea boleh dapat. kalau hangpa bercita-cita nak jadi komposer ngan penulis lirik. aku syorkan hangpa duduk laa lama-lama dalam 'rumah syaiton' tu. kompom boleh kalahkan ajai. hahaha. tak lawak langsung. tapi sekarang ni, aku bukan nak bagi tips kat hangpa macam mana nak jadi komposer ngan penulis lirik macam ajai. tapi aku nak cerita cikit pasai background aku. actually, bukan background laa, tapi lebih kepada perangai aku yang dari dulu sampai sekarang tak boleh nak ubah.


hari tu, semalam 15/1/2012. aku pi rumah makcik aku dengan niat nak melawat adek sepupu aku yang comel tu, azim. tengah syok punya dok sembang. tiba-tiba aku tak tau apa yang aku buat or apa yang aku cakap. tiba-tiba dia terus sound aku cakap cam ni.


makcik : nina, perangai ang ni tak sama langsung macam kakak ang. dia tu, lemah lembut ja, sopan plak tu. hang ni plak kasaq nak mampuih ! dengan loghat taiping campur kedah cikit.


aku : (tangan dibahu, mata di atas. buat muka gila baalipbaya punya annoying)


ok. FINISH !


aku tak faham kenapa orang suka sangat nak bandingkan aku dengan orang lain. means, dengan orang yang lebih sempurna dari aku. salah ke kalau aku ni jenis yang kasar. aku rasa tak salah kot. selagi aku tak tukar jantina aku ni. even, aku ni kasar dari segi dalaman tapi aku nak habaq dari segi luaran aku still lagi nampak macam perempuan tulen. habaq hang! hahaha. tak lawak lagi. 




                                                                 tengok. macam perempuan tulen kan? aauu !


bagi aku setiap orang ada personaliti tersendiri. sesetengah orang tu ada yang muka mintak penumpuk. tapi dalaman dia baik je. memang laa orang cakap nak menilai seseorang tu kita kena lihat dalamannya bukan luarannya. tapi jangan laa dia ni seorang yang kasar. then, kita nilai perangai dia ni semua buruk. tak semua perempuan kasar ni tak ada mertua yang suka tau. saja ja nak cakap pasal mertua. tak ada kena mengena antara couple or tak. hikhik.


tapi tak dinifikan yang lelaki hanya memilih perempuan yang sopan santun je untuk buat jadi teman hidup. perempuan yang tak lemah lembut macam aku ni mana ada yang mau. aku dah ada pengalaman sendiri da. time tu aku baru kenal dengan seorang mamat. kononnya nak kluar dating laa tu.


mamat : awak nak makan ape?

aku : tak kisah, makan apa-apa pon boleh. tolak batu, tiang, dengan kayu jer..

(mula-mula sembang sopan santun je aku)


lepas 30 minit.

mamat : lepas ni kita tengok wayang nak tak?

aku : tak kisah. kita tengok cita lawan-lawan nak tak? aku tak minat tengok cita cintan cintun kat wayang. buat serabot kepala ja.

mamat : (buat muka frust. ingat baru nak berjiwang dengan aku dalam wayang)


lepas keluar wayang.

aku : pergh ! cita tadi best siot ! nah.. da keluar da bahasa kurang enak dia..


mamat : @#$%


lepas dari tu dia terus tak nak kat aku sebabnya aku ni kasar sangat. sedih laa konon. tak langsung. kami sekadar kawan biasa saja sampai sekarang.


aku pernah cuba jugak nak ubah perangai kasar aku ni. tapi tiap kali nak ubah mesti ada halangan. sebabnya aku jumpa member yang sejibik perangai macam aku ni. tapi perangai aku lagi over dari dia laa kot. maybe satu hari nanti aku betol-betol boleh ubah perangai kasar aku ni. insyaAllah. yang pasti aku tak akan ubah perangai aku ni semata-mata untuk lelaki. hoho. sangat tak boleh bla kalau perempuan ubah sesuatu untuk lelaki. paling tak boleh bla kalau laki tu yang suruh ubah. lelaki kalau ikhlas dengan kita, dia akan terima kita walau macam mana kita ni. dan anggap tu semua kekurangan kita yang perlu dia ubah bila kita bergelar isteri dia nanti. betol tak? bagi aku kalau laki tu nak ubah kita sebelum kita jadi isteri dia, maksudnya dia tak ikhlas dan malu dengan kekurangan kita.


dan aku percaya, yang satu hari nanti akan ada lelaki yang berjaya mengubah aku untuk jadi lebih baik. dan yang pasti lelaki tu dah semestinya lelaki yang dah lama ditakdirkan untuk aku. ewah! nak berjiwang plak. aku sepak kang tak pasal-pasal plak.


okey, yang terakhir. nasihat aku, be yourself !

tata~