harini jer macam-macam perasaan aku rasa.
SERONOK--> pegi join program mountain bike tu.
MARAH --->kena jemur tengah panas+pakai uniform. memang jadi super duper panas laa kan.
BOSAN--->duduk dalam bilik sorang-sorang, rumate 2 orang balik. sorang memang dah tak duduk dalam bilik ni dah.
MENGANTUK--->dari balik dari program tadi until now mata aku dok menghadap laptop ni.
SEDIH--->aku pegi gatai tangan bukak blog girlfriend yang penah ada dengan aku dulu.
tapi sekarang ni tak ada laa sampai aku nak pegi cerita satu persatu perasaan aku kat hampa kan. sat ni bosan pulok dok baca menjela-jela. aku memang seorang yang sangat memahami.
(khas untuk HANG)
aku tak tau nak start macam mana. kalau hang baca blog aku memang sejak dari wujudnya blog aku ni, aku tak penah langsung cerita pasal KITA. tapi tu maksud aku tak appreciate relationship kita selama ni ke? memang aku akui aku tersentap bila baca blog hang tadi. tersangat+tersamat+terlalu banyak hang cerita pasal persahabatan kita. tapi aku.. satu pon tak ada. aku tak pandai wei nak tulis blog segala bagai, aku tak pandai nak sweet dengan hang. even aku tak penah cerita pasal kita, memory aku dengan hang tak pernah langsung aku lupa. start from matrik until NOW! yes, until now.
hanya kerana aku tendang kaki hang and hang tak bole nak jalan dengan betol even berak pon kena sengetkan badan sikit kita jadi macam ni sampai sekarang. kenapa tak dari dulu, kita gaduh tampar-tampar muka, aku jerit kat hang, hang tak buat macam ni pon? alasan sebab hang dah penat nak gaduh dengan aku. habis, hang pikir selama ni aku tak penat? even aku penat pon, aku tak pernah imagine kita akan jadi macam ni. memang orang akan cakap "what? ko tendang kaki dia? apa punya kawan ko ni? kejamnya.." yes, memang aku kejam. aku tak pernah baik dengan ADIK aku. tak pernah. ok. agak laa sampai tak pernahkan. nanti nampak kejam sangat.
hang selalu pertikaikan kenapa aku suka layan hang buruk, sedangkan kawan aku yang lain aku layan 'lemah lembut' sangat. aku nak tanya, kenapa baru sekarang nak pertikaikan? kenapa bukan dari dulu? aku rasa hang pernah balik rumah aku and tengok macam mana aku layan adik aku. hang rasa sama tak aku layan hang dengan aku layan adik aku? yes, aku anggap hang ADIK aku. sebab dekat matrik hang pernah mintak nak aku jadi kakak hang. aku tak reti nak layan adik aku sama macam aku layan kawan aku. hang tak ada adik, hang tak tau. tapi aku nak tau, kakak hang pernah layan hang sweet macam dia layan kawan dia tak? itu bezanya ADIK-BERADIK dengan KAWAN. kita akan layan kawan kita baik sebab one day kita akan berpisah dengan dia. tapi adik-beradik hanya mati yang akan pisahkan diorang.
hang rasa dengan kawan boleh menari lagu "chammak challo", "bole chudiya", "JYP", "soni-soni" ke? aku tak penah lagi menari dengan kawan aku macam tu. hang rasa adik-beradik pernah bagi gift untuk simpan buat kenangan tak? adik-beradik akan bagi barang yang diorang pernah pakai or barang untuk kegunaan kita. contoh, selendang, baju, handphone or etc. tapi kawan akan bagi barang yang akan kita simpan buat kenangan. contohnya, patung, kad. selalu benda yang akak kita bagi, kita takkan hargai sangat macam kita hargai benda-benda remeh macam tu.
aku rasa hang mesti pernah terfikir kenapa kita tak pernah rasa segan bila dengan adik-beradik kita. tapi kita sangat segan bila dengan kawan kita. contohnya, bila nak kentut. kita selalu cakap "ko dah berubah" sedangkan kita sendiri yang dah berubah. kenapa hang berubah macam ni sekali? aku dah tak kenal siapa hang. aku dah tak nampak sikit ceria kat wajah hang. aku tahu aku bukan yang terbaik untuk hang. even, hang sendiri pernah cakap masa kat katil aku. "kita akan jumpa orang yang salah dulu, sebelum kita jumpa dengan orang yang betol". aku tak pernah terfikir pon nak cakap macam tu sekali dengan hang. hang selalu cakap, aku ni tak pernah nak pikir perasaan hang. tapi hang pernah tak nak pikir perasaan aku? memang, orang bila da jadi macam ni, takkan nak sedar salah sendiri. aku cakap untuk diri aku jugak. kita seboleh-bolehnya nak tunjuk yang kita betol.
dah laa.. cukup dah kot. aku tau hang bukan suka nak baca panjang-panjang macam ni. aku tak salahkan orang ketiga pon dalam hal kita ni. semua ni salah kita sendiri. tapi apa-apa pon, aku nak ucap trima kasih sebab pernah buat aku rasa happy, sedih, pedih, bengang, gaduh, bertumbuk, tampar, menjerit, sepak orang. yang paling penting, hang banyak ajar aku hidup berdikari lepas apa yang terjadi antara kita. kenangan ni semua sangat buat aku belajar erti sebenar kehidupan.
sekali lagi, aku tak reti nak ber'sweet'. but i really miss you. kalau hang lupa kenangan kita dulu, aku rasa better hang baca blog hang yang sebelum-sebelum ni. i really miss our moment when we are together. :'(
thankz sebab pinjamkan tangan untuk diconteng. :)
tata~

No comments:
Post a Comment