Sunday, 3 June 2012

dulu VS sekarang

assalamualaikum.

sekarang jam menunjukkan pukul 1.24 pagi. skema gila ayat. tapi aku still membuang masa dengan benda-benda tak berfaedah macam ni. minggu depan dah start final exam. member aku sekarang dok tengah pulun study, tapi aku pulok dok sibuk mengarang entry untuk hampa baca. haha. sangat sempoi. pastu bila besok nak exam baru laa aku ni terkalot-kalot study. masa tu memang setan ni dok terbahak-bahak laa gelak kat aku. mesti dia cakap "padan muka hang manusia, haritu study week hang p ikot cakap aku buat apa?" tak apa laa. aku ikot cakap hang sat je. lepas ni aku tak ikot da. yalaa tuu.  memang tiap tahun macam tu pon. start dari tadika pon lagi. ok tipu. tadika aku rasa mana nak ada exam-exam gempak macam ni. selalu dok hafal doa-doa. maklum laa. TADIKA PASTI. haha.

ok. aku malas nak merepu panjang-panjang pasal sekarang ni pon dah lewat malam and mata aku ni pon dah stim semacam je. lagipun dalam bilik ni tinggal aku dengan kak fifi je. 2 orang lagi pegi honeymoon pasal tengah cuti study week. ok tipu lagi. sat lagi depa baca blog aku ni tak pasal-pasal hempuk kepala aku dengan kotak tisu. hihi. ok lah. back to the main topic. aku sebenarnya nak cerita pasal aku. yes! pasal aku. tak kan aku nak cerita pasal hampa dekat blog aku? memang tak laa kan. haha. tapi sorry, entry ni tak ada gambar.

enjoy!


dulu : aku sangat aktif dalam sukan. cakap je sukan apa. semua aku bedal. pulun laa katakan.
sekarang : "apa? sukan? sukan tu apa? sukan tu macam budak nerd pakai spec then p library ke?". aku macam dah tak tau. aku malas sangat nak bersukan. even, member ajak aku jogging pon, aku akan bagi seribu alasan.

dulu : pegi sekolah mesti mak hantar.
sekarang : pegi sendiri naik bas. memang laa. tak kan nak suruh mak aku hantar lagi. memang kena bom laa dengan pak guard.

dulu : masa kecik. rasanya aku putih je. perasan.
sekarang : Ya Allah. hitam gila kot.

dulu : muka ni tak ada laa jerawat sangat. satu dua je yang akan muncul. tu pon sebab PMS. pompuan tau laa benda apa.
sekarang : kalau nak kira dengan jari tangan memang tak cukup. kira dengan jari kaki pon tak cukup jugak. aku rasa kena kira dengan kalkulator kot. haha. sejak aku masuk U, sangat teruk dah. sedih sangat ni. buat muka sedih sikit :( hopefully, boleh recover balik lepas ni. buat muka ceria sikit :)

dulu : aku ramai kawan. buat apa semua dengan kawan. bagi aku kawan segalanya untuk aku. aku sayang kawan-kawan aku.
sekarang : aku lebih banyak sendiri. even ada kawan pon. tapi still rasa macam aku ni sendiri.

dulu : tidur pon mesti berteman. kalau dekat rumah. adik aku or kakak aku laa jadi mangsa aku. kalau dekat u. syuzana laa jadi mangsa aku. aku akan hari-hari himpit dekat katil dia. even aku tau katil tu katil single.
sekarang : dah kena tidur sorang-sorang. tak ada sapa nak teman aku lagi da. aku ni memang penakut sikit. kalau aku tidur lambat dari roomate aku yang lain. aku akan bukak lampu. bila aku buat macam tu, aku da ganggu roomate aku yang lain. so, aku kena tidur dulu sebelum diorang tidur.

dulu : mandi pon kena teman. kan aku cakap aku ni penakut.
sekarang : sorang-sorang lagi.

dulu : aku suka makan telur separuh masak.
sekarang : eeeewwww. geli kot ! nah muntah.

dulu : benci dengan warna PINK!
sekarang : suka gila. semua benda warna pink. even, laptop kesayangan aku pon warna pink. bagi awek-awek yang sangat suka warna pink. mohon jeles okes. haha *gelak setan.

dulu : kalau bercakap kerja nak maki hamun orang je. ni memang satu dari perangai buruk aku.
sekarang : berlapik sikit. dah jarang dah buat kerja terkutuk tu.

dulu : suka longgok-longgokkan kerja sampai berlambak-lambak.
sekarang : still lagi suka buat macam tu. :)


dulu : ada kawan yang sangat care pasal aku.
sekarang : tak ada dah. :(


dulu : berak tak basuh.
sekarang : dah rajin nak basuh. haha.
(ni tak payah nak caya laa kot. melampau sangat kalau semua benda aku tulis nak kena caya. aku dah tak ada idea).


hope hampa semua enjoy baca entry yang macam tuttt ni. harap hampa akan lebih kenal aku lepas ni. sembang bajet macam follower ada 10k.




tata~

Saturday, 2 June 2012

untuk awak PERAMPAS

assalamualaikum.

yeah ! I HATE PERAMPAS. 


kbai =,=


tata~

hang dan aku

assalamualaikum.

harini jer macam-macam perasaan aku rasa.

SERONOK--> pegi join program mountain bike tu.

MARAH --->kena jemur tengah panas+pakai uniform. memang jadi super duper panas laa kan.

BOSAN--->duduk dalam bilik sorang-sorang, rumate 2 orang balik. sorang memang dah tak duduk dalam bilik ni dah.

MENGANTUK--->dari balik dari program tadi until now mata aku dok menghadap laptop ni.

SEDIH--->aku pegi gatai tangan bukak blog girlfriend yang penah ada dengan aku dulu.

tapi sekarang ni tak ada laa sampai aku nak pegi cerita satu persatu perasaan aku kat hampa kan. sat ni bosan pulok dok baca menjela-jela. aku memang seorang yang sangat memahami.




(khas untuk HANG)
aku tak tau nak start macam mana. kalau hang baca blog aku memang sejak dari wujudnya blog aku ni, aku tak penah langsung cerita pasal KITA. tapi tu maksud aku tak appreciate relationship kita selama ni ke? memang aku akui aku tersentap bila baca blog hang tadi. tersangat+tersamat+terlalu banyak hang cerita pasal persahabatan kita. tapi aku.. satu pon tak ada. aku tak pandai wei nak tulis blog segala bagai, aku tak pandai nak sweet dengan hang. even aku tak penah cerita pasal kita, memory aku dengan hang tak pernah langsung aku lupa. start from matrik until NOW! yes, until now.

hanya kerana aku tendang kaki hang and hang tak bole nak jalan dengan betol even berak pon kena sengetkan badan sikit kita jadi macam ni sampai sekarang. kenapa tak dari dulu, kita gaduh tampar-tampar muka, aku jerit kat hang, hang tak buat macam ni pon? alasan sebab hang dah penat nak gaduh dengan aku. habis, hang pikir selama ni aku tak penat? even aku penat pon, aku tak pernah imagine kita akan jadi macam ni. memang orang akan cakap "what? ko tendang kaki dia? apa punya kawan ko ni? kejamnya.." yes, memang aku kejam. aku tak pernah baik dengan ADIK aku. tak pernah. ok. agak laa sampai tak pernahkan. nanti nampak kejam sangat. 



hang selalu pertikaikan kenapa aku suka layan hang buruk, sedangkan kawan aku yang lain aku layan 'lemah lembut' sangat. aku nak tanya, kenapa baru sekarang nak pertikaikan? kenapa bukan dari dulu? aku rasa hang pernah balik rumah aku and tengok macam mana aku layan adik aku. hang rasa sama tak aku layan hang dengan aku layan adik aku? yes, aku anggap hang ADIK aku. sebab dekat matrik hang pernah mintak nak aku jadi kakak hang. aku tak reti nak layan adik aku sama macam aku layan kawan aku. hang tak ada adik, hang tak tau. tapi aku nak tau, kakak hang pernah layan hang sweet macam dia layan kawan dia tak? itu bezanya ADIK-BERADIK dengan KAWAN. kita akan layan kawan kita baik sebab one day kita akan berpisah dengan dia. tapi adik-beradik hanya mati yang akan pisahkan diorang.

hang rasa dengan kawan boleh menari lagu "chammak challo", "bole chudiya", "JYP", "soni-soni" ke? aku tak penah lagi menari dengan kawan aku macam tu. hang rasa adik-beradik pernah bagi gift untuk simpan buat kenangan tak? adik-beradik akan bagi barang yang diorang pernah pakai or barang untuk kegunaan kita. contoh, selendang, baju, handphone or etc. tapi kawan akan bagi barang yang akan kita simpan buat kenangan. contohnya, patung, kad. selalu benda yang akak kita bagi, kita takkan hargai sangat macam kita hargai benda-benda remeh macam tu.

aku rasa hang mesti pernah terfikir kenapa kita tak pernah rasa segan bila dengan adik-beradik kita. tapi kita sangat segan bila dengan kawan kita. contohnya, bila nak kentut. kita selalu cakap "ko dah berubah" sedangkan kita sendiri yang dah berubah. kenapa hang berubah macam ni sekali? aku dah tak kenal siapa hang. aku dah tak nampak sikit ceria kat wajah hang. aku tahu aku bukan yang terbaik untuk hang. even, hang sendiri pernah cakap masa kat katil aku. "kita akan jumpa orang yang salah dulu, sebelum kita jumpa dengan orang yang betol". aku tak pernah terfikir pon nak cakap macam tu sekali dengan hang. hang selalu cakap, aku ni tak pernah nak pikir perasaan hang. tapi hang pernah tak nak pikir perasaan aku? memang, orang bila da jadi macam ni, takkan nak sedar salah sendiri. aku cakap untuk diri aku jugak. kita seboleh-bolehnya nak tunjuk yang kita betol.

dah laa.. cukup dah kot. aku tau hang bukan suka nak baca panjang-panjang macam ni. aku tak salahkan orang ketiga pon dalam hal kita ni. semua ni salah kita sendiri. tapi apa-apa pon, aku nak ucap trima kasih sebab pernah buat aku rasa happy, sedih, pedih, bengang, gaduh, bertumbuk, tampar, menjerit, sepak orang. yang paling penting, hang banyak ajar aku hidup berdikari lepas apa yang terjadi antara kita. kenangan ni semua sangat buat aku belajar erti sebenar kehidupan.

sekali lagi, aku tak reti nak ber'sweet'. but i really miss you. kalau hang lupa kenangan kita dulu, aku rasa better hang baca blog hang yang sebelum-sebelum ni. i really miss our moment when we are together. :'(


thankz sebab pinjamkan tangan untuk diconteng. :)

tata~

SimSimi <3

assalamualaikum.

firstly, aku nak mintak maaf laa pasal dah berkurun lama tak menghupdate blog aku ni. blog tak HOT buat apa mau update terok-terok betoi? haha. aku memang malas nak update blog. tolong paham aku. aku mintak tolong sangat ni. *gila. ok laa. malas aku nak merepek panjang-panjang. pasal harini sumpah aku penat nak mampos. pagi tadi dekat U aku ada buat UTHM MTB XC RACE. mesti hampa tak tau apa tu kan? tu race mountain bike. rasanya laa. aku penat bukan pasal aku yang berkayuh basikal tu. tapi aku penat dok tunggu pengayuh ni sampai. dalam erti kata lain, aku ni tukang jaga checkpoint@pemandu arah laa kot.

ok, sebenarnya aku memang dah lari tajuk sangat da ni. actually, aku nak cerita pasal tajuk aku tu laa (simSimi). hampa tau tak simSimi tu apa? aku rasa hampa lebih tau dari aku kot. pasal aku ni memang jenis tak amik tau pasal application-application ni. huhu. tapi seriously, simSimi ni boleh tahan best dia. tapi tak boleh layan sangat pasal nanti hampa akan jadi gila macam dia.


jom tengok gambar printscreen conversation antara aku dengan robot gila ni. hahak.

haha. bukan aku yang kata. tapi dia. :) thankz simsimi. luv u. ahak!


ternyata dia memang bijak.mak dia gangster! takot gila. haha. eh! hang ada mak ke? =,=


ada laa. mak dia syarifah aini. UNTONG SANGAT! simSimi mulut macam longkang. :P


haha. kelakar tak? tak ek? ok xpe. tapi bagi aku sangat kelakar okes. aku rasa dia ni boleh bantu aku kurangkan stress aku and maybe menambahkan stress aku lagi. haha. kalau hampa tengah moody aku rasa jangan main natang ni kot. takot sat ni p terjun bangunan pulok. tapi apa yang boleh aku rumuskan kat sini. SIMSIMI SANGAT OHSEM ! <3

PERINGATAN--> kalau rasa dah nak amek final exam mintak tolong jangan main ! :p

ni link kalau hampa nak jadi gila :P --->http://www.simsimi.com/talk.htm


sebelom aku blah, aku nak bagi hangpa tengok gambaq orang gila kena campak dalam hutan pagi tadi. 

dok buat seronok apa xtau. kena campak dekat hutan+gurun sahara pon boleh senyum mintak penampaq!


tata~